PROFIL NOVA Q
Logo Nova Q bagi tahun 2024-2025
Nova Q Services merupakan sebuah syarikat perunding motivasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang memberi perkhidmatan mengendalikan program-program teambuilding dan motivasi di seluruh Malaysia. Fokus perkhidmatan Nova Q adalah memberi ceramah dan mengendalikan program kepada kanak-kanak, remaja dan korporat untuk memberi titik perubahan yang baik di dalam hidup mereka dari segi kualiti perkhidmatan, pembelajaran, kepimpinan dan sahsiah. Dengan memegang prinsip, 'Sharing The Quality of Inspiration' atau dalam bahasa Melayu, 'Berkongsi Inspirasi Berkualiti', syarikat ini mempunyai keistimewaan yang begitu banyak termasuklah membariskan pakar motivasi dan tenaga jurulatih berwibawa yang bakal memberi suntikan maksima terhadap peserta-peserta kami.
Profil Lengkap
SEJARAH
Nova Q ditubuhkan oleh Saudara Mufarwa Farid pada 28 November 2012. Sepanjang penubuhannya sehingga ke hari ini, Nova Q telah melaksanakan perkhidmatan kepada lebih 800 buah sekolah, IPT, masjid dan badan korporat. ‘Nova’ di dalam bahasa Latin, bermaksud ‘Pembaharuan’. Manakala Q merupakan singkatan kepada perkataan Quality atau di dalam Bahasa Melayu, ‘mutu’.
Visi utama Nova Q untuk memberi kesedaran untuk bangkit daripada kegagalan, mengubah diri menjadi lebih positif, meningkatkan tanggungjawab sebagai insan dan meningkatkan rasa dahaga kepada ilmu dan kejayaan.
‘Hidup dan Menginspirasi’ merupakan slogan utama bagi syarikat Nova Q yang melambangkan bahawa syarikat ini terus berjalan dengan lebih jauh untuk memberi inspirasi kepada para peserta dengan perkhidmatan yang profesional dan penyampaian pengisian yang berkualiti.
Penceramah dan Jurulatih utama Nova Q iaitu Tuan Mufarwa Farid merupakan pengasas bagi Nova Q yang telah diasaskannya sejak umur beliau 19 tahun. Beliau merupakan seorang Penceramah Motivasi, seorang Peguam, penulis buku, usahawan dan ‘media social influencer’ yang berpengalaman mengendalikan lebih 600 program motivasi di seluruh Malaysia.
Sehingga kini, Nova Q mempunyai 11 orang Associate Trainer termasuk personaliti-personaliti televisyen untuk mengendalikan dan menyampaikan pengisian ceramah. Selain itu, kami juga mempunyai lebih daripada 80 orang fasilitator berdaftar untuk mengendalikan program-program bersama Nova Q.
Kini, Nova Q bertapak di Seremban, Negeri Sembilan dan terus hidup untuk memberikan perkhidmatan terbaik di seluruh Malaysia.
PENDEKATAN
Nova Q Services mengamalkan konsep pembelajaran menggunakan 50% teori dan 50% praktikal.
Konsep pembelajaran ini merangkumi ceramah-ceramah yang padat dengan pengisian melalui penceritaan (story-telling) dan teori-teori dengan penyampaian yang dijamin mengasyikkan seterusnya memberi impak kepada para peserta.
Selain itu, konsep yang dirangkumkan di dalam pembelajaran Nova Q adalah permainan bermodul (edutainment) yang mempunyai pengajaran disebalik pelaksanaannya. Penyampaian-penyampaian yang disampaikan oleh penceramah Nova Q bersifat dua hala dan strategik, yang memastikan agar penyampaian menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Semua teknik ini dipraktik mengikut kesesuaian supaya proses pembelajaran tidak membosankan. Konsep rangsang, dengar, lihat dan praktik akan digembelingkan sepanjang program ini.
PRODUK UTAMA
· Program Korporat Dan Teambuilding: Turning Point Organisasi
· Program Pembangunan Akhlak dan Jati Diri: Turning Point Diri
· Program Lonjakan Kecemerlangan Akademik dan Motivasi : Turning Point Akademik
· Program Pemantapan Kepimpinan dan Organisasi: Turning Point Leadership
· Program Peningkatan Kefahaman Agama dan Ibadah: Turning Point Nurani
· Program Pencegahan Gejala Sosial Pelajar: GS3- 'Pencegahan Gejala Sosial 3 Serangkai'
. Program Keberkesanan Teknik Belajar dan Pengurusan Waktu: Speed Reading Superstudy
NILAI TERAS KORPORAT
Enam Nilai-Nilai Teras Budaya Korporat Nova Q:
· Mesra
· Komited
· Mudah
· Dipercayai
· Fleksibel
· Praktikal
TUNJANG PENYAMPAIAN
5 Penekanan Utama Nova Q menjadi tunjang bagi setiap program yang dilaksanakan oleh kami:
• Penekanan terhadap akhlak sesama manusia
• Penekanan terhadap hubungan dengan Tuhan
• Penekanan terhadap kesedaran dari dalam hati
• Penekanan terhadap perubahan diri yang konsisten
• Penekanan terhadap perubahan diri yang sesuai dengan kemampuan diri
Penceramah & Fasilitator
Nova Q Services membariskan penceramah, pengendali program dan fasilitator yang berpengalaman luas di dalam bidang motivasi serta teambuilding. Kenali penceramah-penceramah kami di sini.
Maklumat Korporat
Company Name : Nova Q Services
ROB : 002178514-U
Establishment Date : 28 November 2012
Company Address : No,221-2B, Tingkat, 2, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersil Oakland II, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telephone : +6017 2329394
Email : novaqservices@gmail.com
Web : www.novaqservices.com
Facebook : https://www.facebook.com/novaqsc
Kod Bidang SSM
Bidang Utama
Perunding Motivasi, Perkhidmatan Ceramah Agama dan Motivasi Sekolah Rendah dan Menengah, Perkhidmatan Ceramah Agama dan Motivasi Institut Pengajian Tinggi, Negotiator dan Moderator Program.
Bidang-Bidang Lain
Perkhidmatan Pengurusan Majlis dan Keagamaan, Perkhidmatan Guna Tenaga, Penyewaan dan Penyiaran, Penerbitan dan Penyiaran, Pembekal Peralatan Pendidikan Dan Latihan, Pembekal Kertas, Alat Tulis dan Pejabat, Pembekal Pakaian dan Kelengkapan, Pembekal Cendermata dan Hadiah, Pembekal Peralatan Aksesori Perkhemahan dan Aktiviti Luar.
Kod Bidang SIJIL KKM
Kod Bidang di Dalam Sijil Kewangan Syarikat
010201- Kertas
010602- Bahan Pendidikan
020604- Tag/Label/Tanda dan Stiker
020801- Pakaian
030201- Cendermata dan Hadiah
030401- Peralatan Perkhemahan dan Aktiviti Luar
221110- Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator
221511- P.A Sistem dan Alat Muzik